2 jenis ubi telah ditanam iaitu ubi putih dan ubi hijau yang di tanam hanya sekali dalam setahun . Dengan kerjasama pihak Universiti Putra Malaysia tanaman ini dapat mengeluarkan hasil dalam jangka masa yang singkat iaitu dari 1 tahun menjadi 6 bulan ubi dapat mengeluarkan hasilnya.
Penduduk di kawasan ini juga terlibat dalam penanaman ubi seperti ubi sri pontian,ubi indona, ubi sepang, ubi kapas, dan ubi putih. Tanaman ubi ini ditanam di kawasan rezab JPS, Kg. Pt. Mesjid, dan Sg. Balang. Ubi indona mangambil masa 4 bulan untuk membuahkan hasil.
Tanaman ubi ini selalunya menghasilkan dua kali dalam setahun. Tujuan penanaman ubi ini adalah untuk membantu pengusaha IKS. Tanaman ini dihasilkan menjadi cakar ayam, kerepek ubi dan tapai.